28 Sep 2016

#MovieReview Kisah misteri disebalik kereta Volkswagen Kuning


Assalamualaikum semua... pasti semua pernah dengar cerita gempar disebalik kisah seram kereta Volkswagen Kuning ! Cerita gempar ini berlaku dilebuhraya laluan karak yang sering berlaku kisah kereta misteri Volkswagen kuning...Kini filem terbitan MIG yang ke 115 memaparkan cerita kisah benar sejak dahulu , kisah Volkswagen kuning seakan menjadi misteri dan tiada jawapan dari mana wujudnya kisah ini...Dila dan rakan blogger yang lain telah menyertai contest yang dianjurkan oleh Bro Framestone & MIG... Selepas kami menyertai contest tersebut kami dijemput Majlis tayangan perdana filem Volkswagen Kuning... Ramai juga yang menyambut filem Volkswagen Kuning pada malam tersebut... 

Watak utama yang dibawa oleh Atikah Suhaime dan Pekin Ibrahim memegang watak sebagai sepasang kekasih dalam filem Volkswagen Kuning.

Volkswagen Kuning yang menampilkan genre seram sebagai latar cerita. Pengarang cerita Shadan Hashim menggambarkan ianya menjadi sebuah cerita yang menggabungkan kisah benar serta elemen olahan yang ditambah bagi merancakkan plot penceritaannya. Tidak dinafikan ada juga kisah benar diadun kedalam filem ini bagi menampak impak sebenarkepada penonton. Walaupun ianya sebuah filem seram namun turut menyelitkan elemen pengajaran , kekeluargaan serta percintaan dalam cerita ini. Aspek seram disampaikan melalui elemen suspen yang diwujudkan bagi memberi mood yang menarik khas buat peminat cerita seram.

Sinopsis Volkswagen Kuning

Mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad (Pekin Ibrahim) dan Sarah (Atikah Suhaime), yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Iaitu diganggu oleh Volkswagen Kuning semasa perjalanan untuk pulang ke rumah Fuad, Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah Mula berubah. Semuanya disebabkan oleh Volkswagen Kuning.


Fuad ditahan diwad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah(Aida Othman), kakak kepada Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke Bandar sementara menunggu Fuad pulih daripada kecederaan. Tanpa diduga , Sarah membawa sesuatu yang telah mengikutinya ini berkenaan dengan kisah Volkswagen Kuning.

Pak Ayob (Azman Hasan) bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan membuka kembali sejarah hitam ynng pernah berlaku dikampung tersebut.

Kedatangan Sarah dikampung tersebut membangkitkan kemarahan hantu Volkswagen Kuning. Dia mengikut Sarah pulang bandar dan menggunakan gadis malang itu sebagai umpan untuk membalas dendam kepada bapa Sarah. Adakah dendam Volkswagen Kuning terbalas? Atau Fuad dan Pak Ayob berjaya menghalangnya? Jawapannya ada difilem Volkswagen Kuning... Nantikan dipawagam pada 22 September ini...

Jum saksikan serba sedikit filem Volkswagen Kuning



Related Posts

1 comment:

  1. Nak tengok tapi takut le seram sangat.. hehe.. Penakut kan.. ekekeke..

    Lea follow sini..

    ReplyDelete