11 Feb 2016

Jemputan ke majlis Glamnite with Qislovers Ilham Qaseh



Hai Semua .... Pada 07 Februari 2016 Dila dijemput oleh rakan bloggers iaitu founder HaiBloggers Halim Nadzeri untuk hadir ke majlis "Glamnight with Qislovers" yang dianjurkan oleh Ilham Qaseh. Majlis tersebut diadakan di Sani Hotel, Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan atas jemputan pada malam tersebut. Ini merupakan pertama kalinya Dila menyertai untuk membuat Live update pada majlis itu sebagai tetamu bloggers.Terima kasih juga untuk @ienaeliena sebab makeup kan Dila pada malam tu Dila suka sangat dan terima kasih juga kepada rakan bloggers yang lain sebab kalian layan Dila macam dah lama kenal. Nanti Insha Allah kita jumpa lagi ye untuk next event.



Pada malam " Glamnite with Qislovers" yang bertemakan "Barbie Doll"... kami bloggers berasa amat teruja untuk menggayakan dress up dan make up ala-ala barbie doll pada malam itu..ahhakzzz memang menarik sangat...!!! and yang bestnya Dila dapat Goodies bag daripada Ilham Qaseh . Yang menariknya,  Ilham Qaseh mempunyai koleksi Instant Shawl jenama sendiri. Untuk maklumat lanjut nak tengok shawl cantik-cantik boleh follow Instagram @ilhamqasehofficial.

Credit to abang mohdzarin

Yeayyy.... Alhamdulillah kita menang Cabutan bertuah lagi... Terima kasih Ilham Qaseh ...Tak sabar nak guna produk "Perlaking" menarik sangat produk ni daripada Kolegen Ikan Salmon dan perisa anggur pula tu i dapat.. Dila suka makan ikan Salmon... Hmm tetiba teringin nak makan Sushi Ikan Salmon pula... Alahai perangai !!! mana nak cari Sushi ikan Salmon tengah malam buta nih??? Hmm takpe "Perlaking" Kan ada?? okay nak guna jugak.. mesti tambah cantik lepas ni sebab banyak khasiat kecantikan pada produk ni....uolsss pun mesti cuba juga tau...


Di sekitar majlis Glamnite with Qislovers banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti aktiviki lucky draw, fesyen show dan ucapan daripada pengasas  Ilham Qaseh.




Pada malam tersebut, Dila sempat juga berkenalan dengan founder Ilham Qaseh  iaitu Puan Rosnizannawi. Wah... terujanya dapat sembang dengan puan,,, mesra alam dan humble sangat orangnya. Dila ucapkan tahniah atas kejayaan puan dan  semoga terus maju jaya dalam menjalankan perniagaan.




Gambar sebelum event bermula, excited nak jumpa dengan owner Ilham Qaseh so ambil gambar dengan banting pun jadi. Tema event harini Barbie Doll. Hihi... 



Dila bersama rakan HaiBloggers 




Sebelum nak balik dari event sempat juga ambil gambar dengan bloggers cantik manis dua orang tu kak ina & maira ... ahhaaa...!!! Thank you Halim melayan je perangai gediks kitorang pada malam tu ... 



Dila pakai Shawl Ilham Qaseh.... Auchhhh... macam budak sekolah kan? ahhaaa.... dah jatuh cinta pula dengan shawl ni senang je nak bentuk ikut muka & kain dia memang selesa sangat. Time ni nak keluar jejalan sebab cuti Chinese New Year. Ramai tanya beli kat mana sebab tudung ni unik dan eksklusif sangat. Okay nak tahu kena lah follow Ig Ilhamqasehofficial, banyak shawl dan warna yang sangat menarik tau. Selamat bershopping.... 


Related Posts

1 comment: