7 Jan 2017

Bridemaid by The Cosry

First time datang ke Butik The Cosry di Damansara rasa macam teruja sangat,,, Masuk-masuk memang curlaz sangat butik nya bukan biasa-biasa  tau luar biasa sangat ! Kami datang ke butik The Cosry kerana The Cosry telah menaja baju Bridemaid sempena photoshoot post wedding untuk wedding anniversary

Ini merupakan kali pertamanya Dilla meraikan photo wedding anniversary ! Btw happy anniversary buat bro & wife.

Bridemaid The Cosry


Seperti mana korang tahu trending kini bila majlis kahwin je pasti ada Bridesmaid kan? Bridesmaid merupakan orang-orang yang menyerikan majlis perkahwinan dan menjadi pendamping bersama pengantin pada majlis tersebut.

"The Cosry" adalah jenama baju Bridesmaid pilihan kami... Best ! ramai orang puji baju ni cantik... Bersesuaian ikut tema lagi-lagi kami shoot di taman... Colour kelihatan naik gitu....




Bridemaid The Cosry

Kalau korang perasan Baju Bridemaid ni ada Ribbon ikat tepi yang sangat unit dengan jahitan yang sangat kemas dan rapi... Nampak sweet2 dan anggun gitu... Mana yang tercari-cari baju Bridemaid lepas ni boleh terus tempah kat The Cosry.

Bridemaid The Cosry

Ramai yang cakap cantik sangat Dila pakai baju ni... Yelaa Dila susah nak pakai baju yang menyerlah-nyerlah ni... Koleksi kat almari tak banyak baju yang menyerlah macam ni ... Lepas ramai yang tegur cantik pakai baju warna macam ni baru macam yakin nak pakai baju menyerlah terus shooping dapat gaji tau... Sebab nampak ceria je kan? Masa ni pun keadaan tak berapa nak sihat... Jadi sesuai sangat pakai warna macam ni...

THE COSRY

The Cosry terdapat beberapa cawangan antara cawangannya di The Curve Mutiara Damansara. Selain daripada baju Bridemaid The Cosry juga menyediakan pakaian pengantin yang tersergam sangat cantik dengan rekaannya yang unik.







Apa yang best sangat The Cosry terdapat juga rekaan palazzo, Baju Kurung Moden , tied blouse dan banyak lagi rekaan yang menarik... Nak buat tempahan pun boleh tempahan untuk raya cepat-cepat tempah ok ... 


Dengan rekaan yang berkelas tinggi ini pastinya kekemasan jahitan diutamakan. Malah dengan kualiti baju yang sangat selesa & Nampak cantik bila dipakai. Terasa feelingnya disitu... Terbukti masa Dila mengenakan baju Bridemaid... Kainnya sangat selesa dan sesuai dengan ketinggian & saiz Dila.a





Antara koleksi The Cosry yang sangat cantik dan bergaya bila mengenakan baju tersebut. Sesuai untuk pergi ke event dan pergi kerja... Hanya menggayakan baju ni dan tudung sesuai juga buat pakaian muslimah bukan. 


Yes totally Dila memang suka dengan rekaan The Cosry dengan koleksi yang sangat moden menepati citarasa fesyen terkini. 

So memang rasa berbeza bila pakai rekaan yang biasa-biasa berbanding dengan yang berjenama, kualiti dan jahitannya sangat lain bila pakai baju yang berjenama seperti The Cosry

Dila tak lah rajin nak belanja barang yang berjenama. Tapi kalau itu yang sangat berbaloi apa salahnya kan? Kita dah tahu value nya. Contoh macam Dila cakap tadi rekaan biasa dan berjenama.

 Yang berjenama seperti The Cosry juga harganya sangat mampu milik. Bagi dila harga pun lebih kurang je.. Sebab sekarang dah rajin buat servay... So memang sangat berbaloi.



Untuk pengetahuan semua The Cosry juga telah bertapak di Sarawak. Tahniah The Cosry semoga terus maju kehadapan. All the best ya....

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website | www.thecosry.com

Cawangan The Cosry :-

THE COSRY NU CENTRAL

NU Sentral, Lot L3.11, Level 3, Nu Sentral, 50470 Kuala Lumpur 
03 2276859

THE COSRY THE CURVE

The Curve, Lot 163, The Curve Mutiara Damansara, Jalan PJU 7/3 47800 Petaling Jaya
03 77330677

THE COSRY HQ

D-G-5 Block D Casa Suites No 1, Jalan SS 20/27, 47400 Petaling Jaya.
010 627 3537

24 Dec 2016

Ikhlaskan membuat sesuatu perkara


Gambar tiada kaitan dengan tajuk ^^„


Assalamualaikum...

Mengapa mereka tidak fikir apa yang kita fikir ya?

Mengapa sedikit tak rasa serbasalah dan bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan?

Bila aku dah masuk alam pekerjaan kebanyakannya aku lebih banyak keluar ikut bos meeting jumpa orang... Macam macam orang bermacam lah ragamnya kan?

Kenapa tidak permudahkan kerja orang ya? Kan kalau kita permudahkan kerja orang, Allah akan permudahkan kerja kita? Bagi aku mudah saje untuk permudahkan kerja orang! Anggap je mudah dan terus berfikir positif malah belajar untuk menjadi profesional.

Selain itu juga aku banyak belajar erti kesabaran... Sabar dari segi apa ya? Sabar lah nak monitor semua benda... Macam nak monitor kerja staff , client kerja dan macam-macam lagi.... Banyak benda aku belajar... Yes ia pengalaman yang sangat berharga....

Bukan mudah untuk kita lakukan semua tu... Memamg memerlukan kesabaran yang tinggi... Lagi2 nak monitor orang... Monitor orang bukanlah perkara yang mudah... Ada yang tak jujur dengan kerja, ada yang tak bertanggungjawab & tahu nak menipu je...

Aku hanya mampu perati dan cuba untuk menilai mana betul dan tak betul... Dan berfikir secara logik untuk melakukan apapun.

Hmmm tak boleh ke nak jujur ye? Kan kita sama-sama nak naik? Nak cari rezeki halal untuk bagi anak bini makan? Nak bagi mak ayah... So jujur lah... Kenapa nak kena tipu-tipu... In sha Allah jika jujur pasti kehidupan seharian kita diberkati olehnya....

#Akuhanyamampuperati #Logicalthinking

20 Dec 2016

Rambang mata berbelanja di Bandoru store dengan harga yang murah




Assalamualaikum...

Macam biasa kalau dah nama pun esok cuti  Dilla pasti ada planning nak pergi sana sini nak cari mood lepas kerja katanya... Walla! So lepas balik kerja Dilla terus je pergi Bandoru Store untuk beli sedikit cenderahati buat diri sendiri..saje nak hilangkan stress selepas bekerja... Naseb lah Bandoru Store ni tak jauh dari office... Sekitar 15 minit dah sampai... Jadi rambang lah mata saya lepas tu.... hehe

Ingat tak bulan lepas Dilla ada up entry mengenai Bandoru Store semasa openning ? Masa tu dapat voucher bernilai RM100.00... Haa masa g sini tak ingat pasal ada voucher tahu nak beli je.. Masa upload gambar Bandoru store naseb ada rakan blogger mention pasal voucher tu... bukak email cari-cari naseb lah jumpa... hahaha... lalu mata pun melilau sampai tak terpejam,,, banyak gila baju yang lawa-lawa kat sini... Dah lah ori pulak tu... 

Masa kita sampai kat Bandoru Store kita g cashier untuk bagitahu nak claim voucher cakap kita blogger... Hehe... pastu abang & kakak ni pandang je cakap kenal sebab tengok video shoot openning haritu... Dilla cakap yeke malunya... haha... dah lah masatu asyik tukar-tukar baju je.... Btw suka lah dengan orang kat sini.. Dorang ni sporting gila layan je Dilla sorang ni... Siap ada gambar sama-sama lagi tau... Hmm...

BANDORU STORE 

Bandoru Store adalah sebuah butik yang menjual barangan preloved berkualiti tinggi dan keaslian barangannya dijamin sertajual dengan harga yang mampu milik uuntuk semua golongan.

Barang-barang yang dijual adalah dibawa khas dari Jepun yang mana telah diproses pengasingan berperingkat bagi memastikan kualiti barangan dalam memenuhi citarasa pengguna bertepatan dengan slogan Bandoru Store "Better Than new"

Selain itu, Bandoru Store menawarkan pelbagai segmen barangan termasuk baju-T, Kemeja, Jeans, kasut, sweater, bag tangan dan aksesori berjenama antarabangsa khusus buat golongan lelaki, wanita & kanak-kanak.

Tidak ketinggalan , bagi penggemar atau peminat barangan 'rare & vintage' juga boleh didapati di Bandoru Store dengan harga yang mampu milik.

Dari konsep butik , Bandoru Store tampil dengan rekaan lebih moden dan terkini disamping menyediakan  ruang persekitaran selesa yang dilengkapi pendingin hawa keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Antara koleksi di Bandoru Store

Bandoru store


Ada jual kasut yang berjenama
Bandoru Store

Baju Kanak-Kanak




Test2
Selepas bershopping
Dila bersama staff Bandoru... Dorang ni sporting betul... 


Meh tengok sikit ni video haritu!

 


Untuk maklumat lanjut sila layari:-

Facebook | Bandoru
Instagram | @Bandorustore


17 Dec 2016

Berbelanja di Times Square pada hujung minggu

Assalamualaikum!


Selamat berhujung minggu kepada pembaca semua.... Apa aktiviti u guys pada hujung minggu ni? Heee... Mesti lah mood tengah nak bercuti kan tengah hujung tahun ni bersama keluarga tercinta...


Dilla pulak pada hujung minggu ni berjalan di Times Square , KL. Bawa mama jalan-jalan bershooping... Memang bahaya sangat kalau dah nama pun perempuan then mak bertemu dengan anak keluar bershooping bersama haaa abis lah 1 Times Square ni kami pusing...

Nama pun jalan-jalan cuci mata... Okay duit pun tersesat juga lah sikit-sikit kat sini.... Mana taknya baju kat sini banyak gila yang cantik-cantik harga pun murah juga... Macam tak caye harga baju semurah macam ni... Kain nya dilla tengok pun sangat berkualiti dan berbaloi rasanya!


Aip aip... Control sikit... Hehe... Gini lah bila mak dan anak bershooping tak ingat dunia nya ! Tapi end up beli 3 barang je kat sini banyak menghabiskan masa dengan cuci mata...urm... Sekali sekala nak chill macam ni! Hehe...

Macam mama boleh tersesat kat sini eh?
Mama kata pagi tadi " Esok mama ada event dengan Celcom, baju apa yang cantik mama pakai ? Mama dah lama tak shooping". Lalu dengan pantasnya aku terus ajak mama berjalan... Mama pun suka tau ! Haha... Sebab kebiasaannya pada hujung minggu macam ni aku lebih suka meluangkan masa dirumah...

Bila sampai je kat Times Square masing-masing macam tak sedarkan diri sebab banyak baju cantik & murah... If usha kat online harga smua rm30 keatas bhai... Belum kira postage lagi... Berbanding kat sini memang harga murah gila... Paling murah Dilla jumpa ada yang berharga RM15... Bukan bundle ok! Haaa nak ajak Dilla shooping tak? I on je... Cewah... :)


Harini kami naik public transport naik keretapi... Huhuhu... Dah lama juga tak naik Lrt ni... Rupanya banyak juga perubahan KL ni... Haaa nampak tak sebenarnya dah lama tak berjalan... Iyelah sape nak bawak orang takde Boy Friend ni... Hehe... Ok itu saja dari saya... Orang harap mama happy... Dah lama sangat tak berjalan macam ni...
Love you...



28 Nov 2016

Enchanteur Paris menjadi wangian pilihan




Assalamualaikum

Hi... hi semua!!!

Dah sebulan pun guna  Enchanteur Paris. Best sangat pakai Echanteur Paris.... Jum lah kita berangan jadi dewi remaja sebentar dengan Enchanteur Paris... Sebelum ni pergi mana-mana pasaraya kita usha  and tester je mampu nak beli belum dapat gaji lagi... Sekarang baru dapat pakai... 

Well... wanita dan wangian semestinya tidak dapat dipisahkan kerana wangian juga merupakan salah satu kecantikan untuk wanita... Oleh itu Dila memilih Enchanteur Paris sebagai wangian asas harian Dila sewaktu bekerja kerana produk ni sangat sesuai digunakan ketika waktu bekerja dimana dapat mengubah mood seseorang... 

Malah produk ini terdapat tiga kategori produk yang lengkap wajib digunakan iaitu Lotion Belle Amour , Perfum  Deo Mist & Deodorant Mon Amie.


Enchanteur Paris Parfum Anti-Perspirant Deodorant (Mon Amie)

Deodorant Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberi manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehinggan 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selesa.


Enchanteur Paris Parfum Lotion (Belle Amour)

Kulit gelap dan tidak setaka sangat sesuai untuk memakai lotion Belle Amour kerana masalah ini paling sukar untuk dihadapi oleh setiap wanita.Masalah ini biasa berlaku dibahagian belakang leher, lutut & siku.

Losyen wangian Pencerah (Triple Whitening Lotion) Enchanteur Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerah. Ekstrak likouris , Ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.

Ekstrak Likouris dan sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.

Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegahkehilangan kelembapan Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini mampu memberikan 5x manfaat pencerahan.Dengan menggunakan lesyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberi seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.


Enchanteur Paris Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist)

Semburan pewangi Deodorant (Parfum Deo Mist) merupakan bauan segar kombinasi daripada buah-buahan dan bunga yang segar mampu membangkitkan keajaiban saat romantis .kepada yang dilamun cinta korang pasti merasakan saat-saat romantis korang bersama pasangan... Sesuai dipakai sebelum nak pergi dating dengan pasangan korang okay... 


Losyen wangian dalam botol yang berharga RM16.95

Losyen RM7.50 | 85ml

Deodorant wangian RM8.70 | 50ml


Sekarang percaya atau tidak Enchanteur Paris mampu mengubah mood anda yang tak teratur perpanjangan kepada mood positif... Dengan wangiannya sendiri mampu memikat hati dan menambah momentum diri anda untuk bekerja dengan baik...


 Mana nak dapatkan produk ni boleh dapatkan di pasaraya besar atau di farmasi berdekatan di Aeon Big atau Guardian , Watsons,.. Produk ni femes juga tau... kat mana-mana pasti nampak Enchanteur Paris jadi tak rugi kalau korang pakai...


Harga ENCHANTEUR PARIS :
Losyen Wangian dalam tiub : RM7.50/RM7.90 (85ml/100ml)
Losyen Wangian dalam botol : RM16.95/RM18.00 (275ml/300ml)
Deodoran Wangian Anti-peluh : RM8.70 (50ml)
Semburan pewangi Deodoran : RM10.10 (100ml)

Sila layari untuk maklumat lanjut,
Website :www.ENCH.com.my | Facebook : ENCHANTEUR | Instagram : enchanteurmy



26 Nov 2016

The Cosry Butik Sponsor baju Bridemaid

Assalamualaikum...
Hi2...

Semalam dila & bestie blogger kita cik Ina pergi "The Cosry" butik untuk dapatkan baju Bridesmaid sempena majlis Pra Wedding rakan blogger pada 12/12/2016...



Haa cantikkan baju Bridesmaid yang warna biru ... Kami panggil baju tu baju dress ikat tepi...sebab ada ribbon ikat tepi pada baju tu...Memang curlazzz sangat baju Jenama "The Cosry" siapa tak kenal rugi lah ada 3 cawangan kalau tak silap Dila... Nanti Dila akan update untuk next enrty...


Ni lah designer yang reka baju Bridesmaid untuk kami.
Hai abang jimmy kita suka baju abang ni... Paling best cepat je siap memang servis terbaik....
Memang laju sebab kmai plan tak sampai pun sebulan masa tengah cari sponsor dari abang jimmy tak sampai 2 minggu baju dah siap then tinggal nak datang fitting je...


Tak sabar nak tunggu 12 December 2016 ni bersama 5 orang bridesmade perempuan & 2 bridesmaid lelaki... Siapa ya bakal pengantinnya? Okay surprise!!!



Apapun Thank you The Costry Butik sebab sudi sponsor baju bridesmaid untuk kami... In Sha Allah kami akan bagi publicity kat blog kami terbaik punya...

Tunggu 12 December nanti ya? Opsss Siapa bakal pengantinnya...

13 Nov 2016

Teratai Spa & Beauty Center @ Spa untuk muslimah


Teratai Spa & Beauty Center

Assalamualaikum & Salam sejahtera....

Bakal pengantin perlulah memanjakan diri bagi menaikkan seri wajah dan aura diri untuk ratu sehari.... Harini Dila menemani kakak saudara Dila ke Spa kerana seminggu sahaja lagi bakal akan melangsungkan majlis perkahwinannya. 

Teratai Spa & Beauty center merupakan Spa yang menjadi pilihan kakak Dila kerana pakejnya yang murah dan sangat berbaloi iaitu full pakej yang berharga Rm100 ke Rm200...

Antara servis yang ditawarkan untuk ratu sehari  adalah Rm188:

Teratai Spa & Beauty Center


Wow bebaloi kan? Buat anda yang bakal bergelar ratu sehari boleh lah datang kesini untuk memanjakan diri... Hihihi

Yang tak kahwin nak buat Spa untuk memanjakan diri pun boleh juga murah je harganya iaitu Rm100 antara pakej yang ditawarkan adalah :

Teratai Spa & Beauty Center


Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Amacam? Ok sangat kan harganya? So datang lah sini... Mana nak dapat harga macam ni uols...

Dengan suasana di Spa yang sangat santai dan tenang merupakan masanya untuk merehatkan diri.

Yang paling bestnya di sini yang berkonsepkan ala-ala seperti dibali gituuuu... Dengan diiringi alunan lagu tradisional Jawa... 

Servis disini juga sangat memuaskan kerana servisnya yang teratur dan rapi... Malah pekerja disini juga peramah dan banyak berkongsi tips tentang kecantikan dan penjagaan diri...  

Spa disini juga dikhaskan untuk muslimah sahaja bagi mementingkan penjagaan tata tertib... Khas buat Spa muslimah disini juga menyediakan tempat solat :)

Buat orang ampang yang ingin spent time untuk diri sendiri uols boleh kesini kita ber spa yer... Memang sangat berbaloi untuk korang... 

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Teratai Spa & Beauty Center

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :
017 3185 5852

Instagram : teratai_beauty_Spa
Facebook : Teratai beauty spa center

Lokasi : Teratai Beauty & Spa Center
No-1B Jalan Wawasan 2/8 Bandar Baru ampang, Selangor.